Wednesday, October 14, 2009

Heart (2006)


Rachel, seorang gadis tomboy yang selamba. Farel, anak muda tampan yang bersifat seadanya. Persefahaman yang terjalin sejak kecil menjalin satu “persahabatan” sehinggalah satu hari apabila Farel mengkhabarkan dia sudah jatuh cinta.

Cinta pandang pertama Farel pada Luna, seorang penulis komik yang misterius tapi anggun dan feminin. Rachel berusaha agar cinta Farel dan Luna bisa terjalin. Dan, tanpa disedari Rachel mula merasa cemburu. Lalu, dia berubah tampil lebih feminine kerana enggan kehilangan Farel ketika Luna mulai menerima cinta jejaka itu.

Farel dibuai cinta, dan Rachel yang dilanda kesepian berbohong, kononnya dia juga punya kekasih yang amat mencintainya. Tapi api cemburu membakar hati Rachel saat terlihat Farel dan Luna bercumbuan. Dia yang berlari tanpa arah menghadapi kemalangan yang menyebabkan kakinya kudung. Pada masa sama, Luna juga dirawat di hospital sama.

Sekali lagi, Rachel harus melihat keutuhan cinta Farel dan Luna yang kritikal dan memerlukan penderma hati kerana penyakitnya. Lalu, sanggupkah Rachel menerima kenyataan pahit bahawa dia harus kehilangan Farel yang menyintai Luna? Sanggupkah Farel kehilangan Luna buat selama-lamanya? Dan, pengorbanan terbesar apakah yang diberikan seorang sahabat demi kebahagiaan sahabat yang juga kekasih hatinya?

HEART memberikan jiwa untuk sebuah ketulusan hati dan erti persahabatan.

Lakonan : Nirina Zubir, Irwansyah, Acha Septriasa, Ari Sihasale, Unique Priscilia, Rachel Amanda Aurora, Ishadi Bagas, Joshua Pandelaki, Alfonsz M Galang
Arahan : Hanny R. Saputra
Terbitan : PT Kharisma Starvision Plus
Edaran : Grand Brilliance Sdn. Bhd. (Malaysia)
Tarikh Tayangan : 11 Mei 2006 (Indonesia) / 7 September 2006 (Malaysia)

Muaturun :
Format RealPlayer .RMVB : 404MB
| 1 | 2 | 3 | 4 | 5 |

Cinta Luar Biasa (2004)


‘Cinta Luar Biasa’ yang bertemakan komedi romantik mengisahkan empat rakan karib iaitu Farah, Usin, Adam dan Hamidah yang telah merancang untuk bertemu semula (re-union) selepas sepuluh tahun tamat pengajian di universiti. Namun setelah tiba masa, masing-masing cuba untuk melupakannya. Namun Cik Lulu, pensyarah kesayangan mereka memujuk Hamidah untuk membuatnya dengan alas an beliau akan ke luar negeri untuk menyambung pelajaran. Namun jauh di sudut hati Cik Lulu sebenarnya untuk menjernihkan hubungan antara mereka yang mengalami masalah pada akhir semester sebelum tamat pembelajaran.

Setelah sepuluh tahun, Farah kini bertugas sebagai jurugambar, Hamidah sebagai kolumnis majalah hiburan, Usin sebagai jurukamera serta Adam sebagai guru muzik.

Oleh kerana sayang terhadap pensyarah mereka, akhirnya mereka bersetuju untuk bertemu di Pulau Langkawi. Hamidah yang dalam diam menaruh perasaan terhadap Usin dan ingin kelihatan ‘vouge’ dihadapan kawan-kawannya sanggup menghabiskan wang untuk memastikan penampilannya yang menarik.

Berbagai peristiwa telah berlaku sepanjang berada di Pulau Langkawi. Usin yang telah menyimpan hati kepada Farah cuba untuk mengambil peluang ini untuk meluahkan isi hatinya, namun kehadiran Adam harapan untuk bersama Farah hanya tinggal igauan. Farah pula seperti biasa tidak pernah untuk memikirkan soal cinta. Keadaan semakin kusut apabila Hamidah yang sanggup melakukan pelbagai cara untuk mendapatkan perhatian Usin dan teman wanita Adam yang cemburu melihat kemesraan Adam dan Farah.

Namun yang pasti antara mereka cuma berlakon akrab di hadapan Cik Lulu, ada rahsia antara mereka yang menjadikan hubungan mereka tidak serapat dulu.

Apakah rahsia yang telah menjadikan perhubungan mereka renggang? Apakah taktik Hamidah seterusnya untuk menambat hati Usin? Apakah Farah dapat menerima cinta Usin? Atau hubungan persahabatan akrab ini akan berkubur…?

Lakonan : Nasha Aziz, Saiful Apek, Hans Isaac, Syanie, Ako Mustapha, Erma Fatima, Fauziah Nawi, Jojo, Norlia Ghani, Jasmin Hamid, Umie Aida, Aqasha, Wan Maimunah, Rosnah Mat Aris
Arahan : Rashid Sibir
Terbitan : Tayangan Unggul Sdn. Bhd.
Tarikh Tayangan : 23 September 2004

Muaturun :
Format RealPlayer .RMVB : 383MB

http://rapidshare.com/files/32271548/Cinta_Luar_Biasa.part1.rar
http://rapidshare.com/files/32276824/Cinta_Luar_Biasa.part2.rar
http://rapidshare.com/files/32281916/Cinta_Luar_Biasa.part3.rar
http://rapidshare.com/files/32287161/Cinta_Luar_Biasa.part4.rar
http://rapidshare.com/files/32287295/Cinta_Luar_Biasa.part5.rar

Mr. Cinderella (2002)


Kisah bermula dengan watak Hakimi, seorang penulis skrip bebas sedang memandu kereta dan meredah hujan ribut di waktu malam untuk menghantar pulang anaknya, Imelda (7 tahun) ke rumah bekas isterinya yang dicerai-rujuk sebanyak 3 kali. Semasa dalam perjalanan, Hakimi ternampak sebuah kereta ’sports’ mewah yang baru ditimpa kemalangan, terbabas sendirian dan terbakar akibat berlanggar dengan pokok.

Hakimi yang memberhentikan kereta di sudut berhampiran, teragak-agak untuk membantu seorang gadis yang terperangkap di dalam kereta tersebut kerana tidak mahu kasut Kumin yang dipinjamnya kekotoran lumpur di luar. Tetapi akhirnya dia berubah hati dan terus merawat gadis tersebut yang cedera parah dan meninggalkannya di tempat kemalangan setelah menghubungi ambulans tanpa mengetahui bahawa gadis tersebut adalah Puteri Megawati, puteri mahkota negara Indrapuri Darul Kasih.

Secara tidak sengaja, Hakimi tercicir sebelah kasut Kumin di tempat kemalangan semasa menyelamatkan Tuan Puteri. Sementara itu, Puteri Megawati yang cukup terhutang budi dan nyawa, diketemukan dengan Siti Shahirah, wartawan “paparazzi” yang sentiasa mencari berita-berita sensasi. Puteri meminta pertolongan Siti supaya mencari “Mr. Cinderella” yang telah menyelamatkannya dengan menawarkan RM500,000.

Siti menerima cabaran tersebut kerana ia sudah tentu dapat mensensasikan dan meninggikan “rating” program “Cable News International” yang dikendalikannya. Semasa mengendalikan rancangan “Siapa Mr. Cinderella”, muncullah Kumin antara ratusan “Mr. Cinderella” palsu untuk menuntut hadiah yang ditawarkan. Memandangkan kasut yang tercicir itu adalah kepunyaannya, maka Kumin telah diisytiharkan sebagai “Mr. Cinderella” yang dicari-cari selama ini. Siapakah “Mr. Cinderella” tulen?

Lakonan : Erra Fazira, Yusry (KRU), Umie Aida, Aziz M. Osman, Helmi Gimmick, Opie Zami, Khatijah Ibrahim, M. Rajoli, Serina Redzuawan, Kudsia Kahar, AR Badul, Ropie Cecupak, Adik Tuty, Osman Kering, Yunni Nor Leitey
Arahan : Ahmad Idham
Terbitan : Kuasatek Pictures Sdn. Bhd. / Skop Productions Sdn. Bhd.
Edaran : Skop Productions Sdn. Bhd.
Tarikh Tayangan : 29 Ogos 2002

Muaturun :
Format RealPlayer .RMVB : 352MB

http://rapidshare.com/files/32386245/Mr_Cinderella.part1.rar
http://rapidshare.com/files/32444717/Mr_Cinderella.part2.rar
http://rapidshare.com/files/32453388/Mr_Cinderella.part3.rar
http://rapidshare.com/files/32457354/Mr_Cinderella.part4.rar

Bilut (2006)


Pada tahun 1960 Yazid menyertai antara kumpulan pertama yang meneroka tanah rancangan Felda di Lurah Bilut. Yazid terpaksa berdepan dengan pelbagai cabaran dan segala tekanan perasaan. Sahabatnya, Rosli mati dihempap pokok. Rumah mereka ranap dipukul ribut. Anak bongsunya, Yamin, mati dibaham harimau.

Pada masa yang sama, Yazid mendapat tahu ada di antara peneroka yang berkomplot menjual semula baja-baja subsidi yang diberikan oleh kerajaan bagi mengaut keuntungan jangka pendek. Yazid juga cuba difitnah oleh sahabatnya sendiri, Hamzah yang mengatakan kononnya dia yang menjual baja subsidi secara haram.

Tidak hanya itu, mereka juga menghadapi bahaya apabila masih ada saki-baki pihak komunis di kawasan hutan itu. Namun segala cabaran dihadapi dengan cekal dan kemudian kejayaan awal hadir dalam hidupnya apabila anaknya, Yusof, menjadi satu-satunya anak Felda yang melanjutkan pelajaran di Brussels dalam jurusan pentadbiran.

Di Brussels, Yusof menjalinkan hubungan cinta dengan Khaty, rakan sekuliahnya tetapi mendapat tentangan keluarga Khaty kerana anak seorang Peguam Negara tidak wajar menjalinkan hubungan dengan anak peneroka. Yusof akur dengan hakikat kehidupan dan kesedihannya itu menjadikan dia lebih rapat dengan Lisa yang juga rakan kuliahnya sehinggakan dia bercadang untuk mengambil Lisa sebagai isteri.

Lisa memeluk agama Islam dan menukar namanya kepada Mazuin. Tapi hasrat Yusof tidak dipersetujui oleh bapanya, Yazid, yang merasakan bahawa sukar untuk berkahwin dengan golongan lebih berada sebagaimana yang pernah dilalui olehnya dengan arwah ibu Yusof dulu.

Sementara itu, adik Yusof, Asmah telah dinikahkan dengan Iskandar, kawan Yusof. Namun kebahagiaan Jamilah tidak kekal lama apabila Iskandar hilang di dalam hutan tanpa ditemui lagi. Sejak itu, Jamilah menjadi tidak keruan dan bagaikan kurang waras. Yusof pula berkahwin dengan Saleha, seorang jururawat yang pernah menjaga bapanya di hospital. Hasil perkahwinan itu, Yusof dianugerahkan dua orang anak perempuan kembar, Maimunah dan Maimun.

Pada tahun 2006, pembuat filem dokumentari dari Filipina, Gabriel tiba di Malaysia dalam usahanya mengumpul maklumat sambil melihat dan mengalami sendiri perkembangan serta kemajuan yang telah dibuat oleh Felda. Kisah kejayaan Felda sebagai pemangkin ekonomi rakyat dan negara Malaysia memberikan inspirasi kepada beliau untuk menerbitkan filem dokumentari mengenainya.

Di Kuala Lumpur, Gabriel bertemu Yusof yang juga rakannya semasa sama-sama belajar di universiti di Brussels pada tahun 1976. Yusof ialah anak peneroka yang sudah berjaya dan kini seorang eksekutif kanan Felda. Gabriel melihat Yazid dan Yusof sebagai simbol dua era – permulaan dan perkembangan, keringat dan hasil, ideologi dan keberkesanan – dan merumuskan bahawa Felda adalah perintis segala-galanya yang lahir daripada perancangan dan wawasan yang wajar dijadikan teladan.

Setelah mendengar, melihat dan mengalami sendiri kehidupan di tanah Felda, Gabriel pulang ke negaranya dan kembali semula ke Malaysia bersama-sama krew penggambaran untuk penggambaran filemnya itu.

Lakonan : Rosyam Nor, Que Haidar, Jerrico Rosales (Filipina), Siti Shahrizah, Ezlynn, Rushdi Ramli, Aqasha, Adlin Aman Ramlie, Bront, Sofi Jikan, Lisdawati, Cellina 3R, Yasmin Hani, Khatijah Abu Hassan
Arahan : Badaruddin Azmi
Terbitan : Mega WajaSinar Sdn. Bhd.
Tarikh Tayangan : 24 Oktober 2006

Muaturun :
Format RealPlayer .RMVB : 366MB

http://rapidshare.com/files/32127348/Bilut.part1.rar
http://rapidshare.com/files/32134541/Bilut.part2.rar
http://rapidshare.com/files/32139753/Bilut.part3.rar
http://rapidshare.com/files/32145107/Bilut.part4.rar

Salah Bapak (2006)


Filem Salah Bapak adalah komedi yang berkisar mengenai dua beradik, Jamil (Badul) dan Osman (Amran Tompel) yang terpaksa berdepan pelbagai siri halangan dalam usaha untuk menuntut hak mereka ke atas wasiat harta peninggalan arwah bapa mereka, hartawan Al-Sagof.

Pak Joko (Hamid Gurkha), orang gaji yang sangat dipercayai Al-Sagof jadi gelap mata selepas kematian majikannya. Dia merencana rancangan untuk membolot semua harta dengan mengatakan bahawa Al-Sagof mewariskan seluruh harta kepadanya. Menggunakan kelicikan anak saudara, Salleh (Apek) yang berpura sebagai perunding harta, mereka cuba memperdaya Jamil dan Osman yang sudah tidak sehaluan lagi.

Muslihat Pak Joko juga ada mengatakan kalau hendak mewarisi harta mereka (Jamil dan Salleh) perlu mengahwini seorang gadis bernama Seroja (Umie Aida). Tambah haru biru apabila Seroja yang menyewa tapak tanah milik Al-Sagof untuk membuka warung tidak tahu menahu dirinya cuba diperalat Pak Joko dan Salleh.

Bagaimanakah kesudahan kekalutan yang melanda Pak Joko, Salleh, Jamil dan Osman. Adakah mereka kecewa dan terpaksa melepaskan harta warisan ke tangan orang yang tidak sepatutnya.

Lakonan : Hamid Gurkha, AR Badul, Amran Tompel, Latiff Ibrahim, Param, Umie Aida, Saiful Apek, Ilya, Aida Rahim, Ismail Din, Jaafar Onn, Aziz Kota, Tamrin Ibrahim Pendek, Kathy Azean, Isma Daniel, Kamarool Yusof, Haznelly, Rohaya
Arahan : A. R. Badul
Terbitan : NusanBakti Corporation Sdn. Bhd.
Tarikh Tayangan : 16 November 2006

Muaturun :
Format RealPlayer .RMVB : 320MB

http://rapidshare.com/files/32870952/Salah_Bapak.part1.rar
http://rapidshare.com/files/32874724/Salah_Bapak.part2.rar
http://rapidshare.com/files/32925131/Salah_Bapak.part3.rar
http://rapidshare.com/files/32927796/Salah_Bapak.part4.rar